Monday 19 March 2012

UJIAN ITU MEMBERI KEUNTUNGAN

Mengharapkan keredhaan Allah bukanlah suatu yang mudah buat mana-mana manusia yang benar-benar menuntut kasih dan sayang dari sang pencipta. Keredhaan Allah itu adalah hak untuk setiap manusia mendapatkannya, namun ia hanya benar-benar layak untuk hamba-hamba yang runtun hati dan jiwanya hanya untuk diserahkan kepada Allah.

Setiap manusia mahu mendapatkan yang terbaik untuk hidup mereka. Ramai yang sedar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sebelum manusia dihidupkan semula di akhirat kelak. Namun buat insan yang benar-benar menuntut keredhaan Allah jalan perjuangannya tidak akan dihiasai dengan perkara yang indah, sebaliknya Allah akan mengujinya dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bakal menguji keikhlasannya dalam perjuangan.


Apakah perjuangan yang dimaksudkan?

Perjuangan itu begitu luas konsep dan maknanya, apatah lagi perjuangan adalah matlamat yang tersemat di hati para syuhada yang inginkan syahid dalam setiap pekara yang dilakukan. Meskipun begitu, menuntut ilmu juga ialah perjuangan yang perlu dipikul oleh setiap manusia yang bergelar pelajar. Tidak kiralah seseorang itu adalah pelajar sekolah rendah ,menengah atau sudah begelar mahasiswa sekalipun. Semua itu adalah termasuk dalam golongan orang yang sedang berjuang mencari martabat ilmu dan pastinya ia mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah.

Tewas sebelum berjuang?

Di alam mahasiswa khususnya , tidak ramai yang benar-benar mencapai kejayaan yang sebenar. Setiap pejuang yang begelar mahasiswa akan diuji sepenuhnya dalam liku-liku perjalanannya sepanjang menuntut ilmu. Ujian yang datang dari Allah itu akan hadir dalam belbagai-bagai bentuk ujian antaranya ialah diuji dengan kesempitan wang di universiti, diuji dengan bebanan tugasan yang banyak, diuji dengan hati yang lalai kepada cinta ,ada juga yang diuji dengan kesakitan, kematian insan tersayang dan pelbagai lagi bentuk ujian yang diturunkan Allah kepada hamba-hambaNya.

Setiap insan yang diuji oleh Allah dengan ujian-ujian tadi selalunya akan merungut, berputus asa malah ada yang mengambil jalan mudah dan singkat bagi menghadapi setiap ujian tadi dengan perkara yang dilarang syarak. Kekurangan wang misalnnya membuatkan seorang mahasiswa yang tidak berfikir panjang medapatkan wang dengan cara yang mudah dan singkat seperti menipu , melabur wang ke dalam pelaburan yang haram dan ada juga yang mengambil jalan pintas dengan sanggup mengorbankan diri menjadi pemuas nafsu kepada manusia-manusia yang kering kontang iman dan ketaqwaannya. Contoh manusia seperti inilah yang dikatakan tewas sebelum berjuang biarpun di atas pentas konvokesyen nanti gred yang diperolehi mendapat anugerah dari pihak universiti. Semua itu bukan lagi bermakna dan dianggap kejayaan kerana manusia seperti ini sudah pun tewas di pertengahan jalan perjuangannya.


Mengapa aku diuji?

" arghh, kenapalah tuhan tidak adil kepada aku"....kenapa aku diuji sebegini sedangkan manusia lain tidak..tension betul.."

Sememangnya buat jiwa dan hati yang tidak cekal dengan ujian yang diberikan akan terus menyalahkan fitrah dan norma kehidupan. Lebih parah ada yang menyalahkan Allah sebagai pembeban kepada hidup mereka. Manusia diuji kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan Allah, tetapi pandangan yang bagaimana? Pandangan itu ialah pandangan kasih dan sayang pencipta kepada hambanya. Beruntunglah manusia yang sering diuji kerana hidupnya mendapat perhatian dari Allah yang maha mengatahui mengapa ujian itu diberikan.

Bayangkan anda dihimpunkan bersama-sama seluruh penduduk dunia di padang masyar, dalam keramaian manusia tadi tiba-tiba nama anda dipanggil Allah untuk menjadi tetamu syurga. Beruntunglah si pemilik nama tadi yang untungnya tiada tandingan walaupun seberat bulan , matahari dan bumi. Begitulah juga dengan konsep ujian tadi, manusia yang diuji adalah manusia yang mendapat perhatian dari Allah. Dalam berbilion penduduk bumi tetapi hanya satu nama yang mendapat perhatian untuk diuji dengan ujian yang tertentu. Bukankah itu adalah satu keuntungan buat manusia yang diuji tadi? Dengan ujian tadi Allah akan mengangkat martabat hambanya jika dia ikhlas dalam menempuh bebanan yang diamanahkan kepadanya.Sebagai seorang hamba juga kita perlu ingat, ujian yang diterima oleh kita tidak akan sama dengan insan yang lain. Jika kita merasa diri sudah dipikul dengan ujian yang berat sebenarnya masih ramai yang diuji dengan ujian yang hebat dan berat.

Pimpinlah Daku

"Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka,dan merekalah orang-orang yang beruntung" Surah Al-Baqarah 2:5

Hayatilah ayat diatas tadi, sesungguhnya janji Allah adalah benar-benar belaka dan tiada dusta. Allah menjanjikan buat hamba-hambanya yang beramal soleh dengan keuntungan yang tiada nilainya di bumi ini.

Buatmu teman seperjuangan,andai sebelum ini hatimu sering mengeluh dengan ujian yang diturunkan kepadamu maka muhasabahlah segera niatmu dalam menuntut ilmu.

Apa yang kita cari sebenarnya semasa menutut ilmu? wanita, kedudukan,kekayaan atau sebaliknya? Apakah kita tidak merasa untung bila mendapat perhatian dari Allah? Apakah kita akan mudah menyerahkan segalanya sebelum kita benar-benar menamatkan perjuangan yang sebenar di dunia ini. Bukan kita sahaja diuji, sebaliknya setiap manusia akan diuji dengan bemacam-macam jenis ujian yang berbeza. Hanya masa dan takdir yang akan menentukan samada kita ini benar-benar seorang pejuang atau sebaliknya.


BERFIKIR SEJENAK....

Sunday 11 March 2012

JARAK ITU MENJAGA AKU DAN DIA

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.

Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]



Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.


Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

                             
Saat aku dan dia menjauh

Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.


Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.


Jarak ini menjaga aku dan dia

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.


Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.


"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )


Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia.

SEMOGA JARAK YANG JAUH INI DAPAT MENYATUKAN AKU DAN DIA BUAT SELAMA LAMANYA :) 

Friday 17 February 2012

Macquarie University, Sydney

Demi mengejar segulung ijazah juga menimba selautan pengalaman kami sanggup meninggalkan tanah air dan keluarga tecinta. Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sydney bagaikan satu mimpi buat kami. Tidak kami sangka kami menjenguk bumi kanggaru ini.


Negara 4 Musim
Musim panas menjemput kehadiran kami tetapi ia hanyalah seketika. Kemudian musim luruh mengambil tempat. Subhanallah, indah sungguh penciptaan yang Maha Esa. Dulu, bermain bersama daun 'mohabatein' adalah igauan tetapi kini suatu kenyataan. Melihat perubahan warna daun-daun, melihat daun-daun berguguran bagaikan sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Benarkan aku di 'oversea'?

Kemudian, beralih pulak ke musim sejuk. Masyallah sejuk sangat. Saat suhu menjejah 5 darjah Celsius, 'sleeping bag',' heater' dan 'sweater' adalah sahabat karib. Kini kami bertemankan musim bunga. Subhanallah, bunga-bunga dan dedaunan yang gugur kini digantikan dengan yang baru. Indah tak terkata melihat alam yang fana ini, sungguh mempesonakan.


Sydney dan Islam
Berada di Bandar metropolitan, Sydney, pastinya tarikan utama adalah Sydney Opera House (seperti dalam gambar di atas, sila klik untuk paparan lebih jelas) yang dikelilingi lautan yang terbentang luas. Berhampiran dengannya terdapat 'Harbour Bridge' dan Luna Park yang menjadi tempat penggambaran cerita 'Nur Kasih'. Di sini terdapat lakaran sejarah buat warga Australia. Disinilah bermulanya cerita bagaimana Australia dibuka.

Selain itu, berada di bumi yang mana Islam bukanlah agama rasmi, menjadi kesukaran untuk menjejaki masjid. Namun, terdapat dua kawasan yang didominasi oleh komuniti Muslim iaitu di Auburn dan Lakemba. Di situ tertegak 2 buah rumah Allah dengan gahnya. Terdapat juga masjid-masjid di kawasan yang lain seperti Rendwick (berhampiran Malaysian Hall) , Masjid Tempe dan seumpamanya. Di Auburn dan Lakemba, terdapat banyak restoran makanan halal yang kebanyakkan di kendalikan oleh bangsa Arab dan terdapt segelintir warga Indonesia. Di sini juga banyak terdapat busana muslimah menanti anda.



Ramadhan dan Aidilfitri di Negara Orang
Sedikit coretan yang meninggalkan kesan yang agak dalam adalah menyambut Ramadhan dan Aidilfitri di sini. Pengalaman yang mungkin menyedihkan kerana tiada insan-insan tersayang di sisi akan tetapi pengalaman ini bukan semua berpeluang merasainya. Cuba bayangkan, ada segelintir yang memulakan 1 Ramadhan pada hari Rabu dan segelintir lagi pada hari Khamis. Satu pengalaman yang asing akan tetapi menuntut kita untuk merujuk kembali hadis yang membicarakan soal perhitungan puasa.

Hari-hari sepanjang Ramadhan seperti hari-hari yang lain. Tiada bazaar Ramadhan, orang disekeliling makan sana sini. Namun, itulah Ramadhan. Mengajar erti keserdahanaan dan mencari redho yang Esa.

Aidilfitri bertemankan 'assignment' yang perlu dihantar pada malam 1 Syawal. Kalau di Malaysia, pastinya kita sibuk menukar langsir, membali baju baru, membuat biskut dan seumpanya. Aidilfitri disambut dengan gema takbir memuji Illahi bertemankan air mata dek Ramadhan meninggalkan kami dan pada keeseokan harinya solat sunat aidilfitri dan khutbah aidilfitri. Berbekalan sedikit juadah, Aidilfitri disambut secara serdahana. Namun, rumah terbuka tidak asing di sini. Apabila berjumpa komuniti Muslim, terubat rindu pada keluarga tercinta.

Buat adik-adik yang bakal terbang ke Australia dan New Zealand pastinya pengalaman-pengalaman ini akan anda lalui. Cumanya yang membezakan kita bagaimana kita melihat suatu pengalaman itu?


Tepuk dada, tanya iman.

Sunday 12 February 2012

sekadar perlu...

•.♥• Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

•.♥• Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

•.♥• Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

•.♥• Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

•.♥• Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

•.♥• Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

•.♥• Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Saturday 11 February 2012

Biar jodoh itu!!



Ya Allah...

Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…